Wednesday, March 18, 2009

TEMAN

Teman..
Janganlah kau bermuram hiba meratap luka
Janganlah kerana kedukaan mu menggagalkan hidupmu
Hidup ini tidak seindah seperti yang kita sangkakan
Hidup ini dipenuhi dengan penderitaan dan kekecewaan
Dan kerana penderitaan itulah hidup ini menjadi kian bererti
Itulah lumrah kehidupan ini..

Teman..
Cinta sejati tidak hadir berulang kali
Cinta sejati terlalu sukar untuk di cari
Cinta sejati hilang tiada berganti
Namun cinta sejati harus di cari
Demi kehidupan ini..

Teman..
Cinta adalah satu kewajipan
Kerana cinta itu adalah kemesraan
Kemesraan menjadi kebahagiaan
Andai ianya di sulam dengan keimanan
Namun apalah ertinya cinta andai tiada bahagia..

Teman..
Kau berada jauh di puncak kejayaan
Kau tinggalkan keluarga dan sanak-saudara
Menuju kejayaan yang engkau impikan selama ini
Namun kini kau jatuh ke bawah hanya kerana cinta
Hanya kerana cinta kau hampir menemui kegagalan..

Teman..
Cinta memerlukan keimanan
Tanpa keimanan, hilanglah kesucian
Cinta memerlukan keikhlasan
Tanpa keikhlasan, hilanglah kesetiaan
Cinta memerlukan kesetiaan
Tanpa kesetiaan, hilanglah kepercayaan
Cinta memerlukan pengorbanan
Tanpa pengorbanan, hilanglah pengertian..

Teman..
Antara cinta dan pelajaran
Yang manakah lebih bermakna buatmu
Hadapilah hidup ini dengan tenang dan sabar
Yakin dalam setiap keputusan yang diambil
Tabah dalam menentukan dan cekal dalam mengaharungi
InsyaAllah, kau mampu hadapinya dengan hati yang redha

kERETA API........

Mse sem lepas la first time aku naik kereta api. Tak pernah naik lagi. Kelakar kan org lain msti dah byk kali naik. Aku baru nak naik. Boring gler.Lame mase nak sampai Penang. 10 JAM.Kebas punggung aku. Tp pengalaman tu mmg best. Mse kat KL sblh aku ade la satu aunty india ni. Umur dia dah lanjut. Tp tak kawen2 lg. Speaking bi tu. Aku yang tergagap2 ni ckp la jgk walaupn x pandai. Aunty ni citer mcm2 kat aku dari zaman sklh dia smpai la keje. Dia mmg byk penglaman.

HOUSEMATE YG SPORTING

Ni la memebr-member serumah.Name manje Mai, Fatin,Kesma,Jah dan Nad . Kte orang serumah dr sem lepas.Mse awal2 dulu aku tak knal langsung Fatin,Kesma dan Mai. Kekok jgak mule2 tp lame2 kami ni jd satu kpala . Giler2gler pnye.Best dia orag ni. Kalu kte susah dia orang ni blh diharap.Kalu ari mggu kami slalu gak masak same2. Time mlam msti rmah kte org bising . Bising dgn gelak ketawa.

Friday, February 27, 2009

KATA-KATA HIKMAH

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.

kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…

IMPIAN KETIGA

Impian ketigaku ialah nak bkak sebuah rumah kebajikan khas untuk anak-anak yatim. Rumah tu aku namakan " Rumah Ibu ". Aku kasihan melihat anak2 yang tidak berbapa dan beribu, betapa mereka memerlukan kasih sayang ibu dan bapa. Jika aku di beri kesempatan untuk membina rumah ini, aku berjanji akan menyayangi anak2 ini seperti anakku sendiri. Aku akan berikan kasih sayang dan akan lengkapakan mereka dengan ilmu dunia dan akhirat.

IMPIAN KEDUA

Impian keduaku ialah belajar masakan cara barat mcm spageti yang mmg aku minat giler . Aku nak sangat belajar kat Itali sebab dkt sane mmg terkenal dengan spageti . Ble nanti aku dah pro masak spageti aku cadang nak bkak restoren ala2 barat. Aku target aku blh bkak restoren ni dalam 10 tahun lagi.Aku harap satu ari nanti semua orang blh rasakan masakan aku.

IMPIAN PERTAMA

Impaian pertamaku ialah untuk membawa ayah dan mak menunaikan haji di Mekah dengan hasil titik peluh aku bekerja. Insyaallah jika di berikan umur yang panjang dan di murahkan rezeki. Amin. Aku harap aku diberikan kesempatan itu untuk membalas jasa kepada mereka walaupun pemberianku ini tidak seberapa dibandingkan dengan segala pengorbanan yang mereka lakukan dalam membesarkan anak-anak.Tidak terperi segala pengorbanan yang mereka curahkan . Aku akan ingat segala pengorbanan

Permata Hatiku

Permata Hatiku